Sejarah Ekonomi Di Malaysia

Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 dan sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan telah menerima pengaruh daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya. Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak. Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan perlombongan. Pertanian Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu tradisional yang sangat penting. Merujuk kepadanya, padi pula merupakan tanaman utama memandangkan ia adalah makanan asasi masyarakat di rantau ini. Di Malaysia , dua jenis padi telah diusahakan iaitu padi sawah dan padi huma (bukit). Padi sawah ditanam di kawasan rendah dan di lembah-lembah sungai yang subur damdengan tanah alluvium. Penanaman padi sawah dipercayai diperkenalkan oleh orang Thai di negeri-negeri Melayu Utara dan orang Minangkabau di negeri-negeri Selatan. Negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah Melayu ialah Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Antara negeri ini, Kedah merupakan negeri yang terkenal sebagai jelapang padi negara kita. Menjelang abad ke-18, dataran Perlis dan Seberang Perai juga turut menjadi kawasan penanaman padi yang utama. Penanaman padi sawah ini berkembang dengan pesat adalah dipengaruhi oleh sistem pengairan yang digunakan sejak abad ke-19. Air telah dibawa masuk ke sawah padi melalui tali air dan terusan. Antara terusan yang terkenal ialah Terusan Wan Mat Saman yang dibina pada tahun 1885 di Kedah. Di Negeri Sembilan pula, kincir telah dibina untuk membawa air masuk ke sawah padi. Berbanding dengan penanaman padi sawah, padi huma ditanam secara berpindah-randah setiap kali penanaman dijalankan kerana kesuburan tanah telah hilang atau berkurangan. Biasanya, padi huma ditanam di kawasan yang bergunung-ganang. Sebagai contoh, suku kaum Dusun dari Murut di Sabah dan Sarawak yang tinggal di kawasan pedalaman melakukan kegiatan penanaman padi huma. Walau bagaimanapun, terdapat juga tanaman-tanaman lain sebagai pelengkap kepada hasil padi seperti ubi, sayur-sayuran dan sebagainya. Penanaman tanaman ini menjadi penting kerana ia merupakan “makanan selang”. Selain itu, ubi juga dapat dijadikan sebahagian makanan utama sewaktu bekalan beras tidak mencukupi. Perikanan Ikan merupakan sumber makanan kepada masyarakat Melayu tradisional. Kegiatan perikanan merupakan pekerjaan utama bagi masyarakat Melayu yang tinggal di tepi laut dan sungai. Hasil tangkapan akan dijadikan keperluan diri sendiri dan lebihan hasil akan dijual. Kegiatan perikanan dapat dilihat khasnya di negeri Terengganu dan Pahang. Mereka menjalankan aktiviti mereka di antara bulan Mac hingga bulan Oktober dan dihentikan antara bulan November hingga Februari kerana masa itu merupakan musim tengkujuh. Pada musim tengkujuh, nelayan-nelayan di negeri ikan akan menangkap ikan di kolam, sungai dan sawah padi. Selain itu, mereka juga cuba memperbaiki alat-alat penangkapan mereka pada masa ini. Di laut, nelayan menggunakan pukat, jala, jaring, bubu, kelong dan rawai untuk menangkap ikan. Di sungai pula, pancing, jala, tangguk, kai, lukah, tomak dan serampang digunakan untuk menangkap ikan. Pada masa kini kegiatan perikanan hanya dijalankan oleh golongan yang tinggal di pinggir laut dan golongan yang kurang berpendidikan. Selain itu, masyarakat Malaysia pada masa kini juga kurang berminat untuk berkecimpung dalam kegiatan perikanan kerana kerjanya yang amat sukar dan pandapatan yang rendah. Pihak kerajaan juga menggalakan supaya golongan muda berkecimpung dalam kegiatan ini. Untuk menarik minat, pihak kerajaan telah berusaha dalam pelbagaai cara antaranya ialah menubuhkan persatuan-persatuan nelayan dan banyak lagi. Perdagangan Kegiatan perdagangan di Tanah Melayu merupakan lanjutan daripada kegiatan perlombongan memandangkan bahan-bahan perdagangan itu sendiri lebih berasaskan kepada bahan-bahan mentah. Walau bagaimanapun, terdapat juga bahan-bahan dagangan yang berorientasikan kepada hasil-hasil pertanian. Dalam soal perkembangan perdagangan, beberapa aspek yang berkaitan seperti sistem pengangkutan, perkapalan dan sebagainya telah dibincangkan. Dalam tahun 1879, pendapatan cukai terhadap perlombongan bijih timah dari Perak dan Selangor masing-masing berjumlah $281823 dan $107558. Dalam tahun 1895, eksport bijih timah mencapai paras 127714498 (89% daripada nilai jumlah eksport Negeri-negeri Melayu Bersekutu) bagi negeri Perak dan Selangor. Hasil yang banyak membolehkan British menjalankan rancangan pembinaan jalan keretapi dan sebagainya. Pembinaan infrastruktur ini membolehkan bijih timah dieksport dengan mudah. Tetapi pengeluaran bijih timah yang banyak menyebabkan lebihan penawaran di pasaran dunia. Dengan itu, harga bijih timah telah menyusut dari 99.7 pound setan (1870-an) kepada 96.7 pound setan (1880-an). Beberapa langkah telah diambil oleh British untuk menyekat dan mengawal pengeluaran bijih timah agar harganya tidak turun. Selain bijih timah, lada hitam, rempah, gambir dan tebu juga merupakan barang dagangan yang penting. Kegiatan penanaman tumbuhan ini dapat dilihat di Johor dimana orang Cina yang berhijrah dari Singapura mengusahakan penanaman gambir; di Pulau Pinang dan Perak usaha penanaman tebu dijalankan oleh orang Eropah. Bermula , abad ke-20, getah pula menjadi tanaman eksport atau hasil dagangan yang penting kerana ia sangat menguntungkan. Perkembangannya berhubung rapat dengan sistem pengangkutan, sebab itulah banyak kemudahan infrastruktur dibina. Perkembangan yang pesat dalam penanaman getah telah menambahkan lagi hasil perdagangan Tanah Melayu. Antara tahun 1906-1929, purata keluasan penanaman getah di Tanah Melayu telah meningkat dari 129809 hektar kepada 2971000 hektar dan eksport getah telah bertambah dari 6500 tan dalam tahun 1910 kepada 456000 tan pada tahun 1929. Harga getah juga meningkat daripada 1s3d sepaun kepada 2s6d sepaun antara tahun 1830-1900. Harganya terus menaik sehingga 8s9d sepaun pada tahun 1910. Walau bagaimanapun, pengeluaran yang tidak terkawal menyebabkan kelebihan penawaran dan harga getah telah merosot daripada 8s9d (1910) kepada 1s10d sepaun (1920-an). Fenomena ini menyebabkan British mengambil langkah untuk menyusun semula program perusahaan getah dan beberapa pendekatan telah dibuat seperti Rancangan Sekatan Stevenson (1922-1928). Sejak 1917, kelapa sawit telah ditanam secara komersil di Selangor. Akibat kemelesetan harga getah, kawasan penanaman kelapa sawit telah meningkat dari 4900 hektar (1926) kepada 25777 hektar (1933). Hasil kelapa sawit seterusnya menjadi bahan dagangan yang penting di Tanah Melayu. Perlombongan Perlombongan di Tanah Melayu selalunya merujuk kepada perlombongan bijih timah memandangkan hasil perlombongan logam lain seperti emas adalah terlalu sedikit. Secara amnya, aktiviti ini dijalankan secara kecil-kecilan terutama oleh pembesar-pembesar Melayu. Dalam tempoh yang lebih lewat, penggunaan pam kelikir dan sebagainya telah merangsangkan hasil pengeluaran terus meningkat. – Bijih timah – Emas – Arang Batu – Bijih besi – Bauksit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: